Ramai bekerja tanpa permit

SELASA, 20 MAC 2012

Lelaki warganegara asing yang didapati bekerja menyalahgunakan pas imigresen bekerja di salah sebuah restoran di Pekan Tutong.



BANDAR SERI BEGAWAN -Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen Brunei hari ini melakukan pemeriksaan biasa di Tutong dan Pasar Borong Sengkurong.

Dalam pemeriksaan di premis perniagaan Tutong, seorang lelaki memegang pas melawat didapati bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran. Beliau dikeluarkan pas khas dan pasportnya ditahan.

Manakala serbuan mengejut ke atas gerai makan di Pasar Borong Setenaga Sengkurong menahan seorang wanita warga asing yang bekerja membantu majikan tempatan menyediakan makanan di gerai itu.

Wanita itu ditahan kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini. Tuan gerai turut dikeluarkan surat panggilan untuk membantu siasatan.

Pemeriksaan di Pasar Borong itu juga mendapati masih ramai warga asing diambil bekerja tanpa permit namun mereka meninggalkan bangku jualan sebaik sahaja menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa.

Posting Komentar